• SOALAN TRIVIA

  • PROMOSI

  • PERADUAN

  • Kereta Paling Mahal Di Dunia Masakini

    Category: By mader
    Kereta Yang Paling Mahal Di Dunia
    Agaknya, kereta apa yang paling mahal kat dunia ni? Bugatti Royale Kellner Coupe 1931 telah dijual pada harga USD8,700,000 di tahun 1987. Bagaimanapun, kereta ini tiak akan masuk dalam senarai ini kerana ianya tidak ada dalam pasaran sekarang. Hairan ya bila ada orang yang sanggup berbelanja hingga USD8 juta hanya untuk memiliki kereta ini daripada menggunakan wang tersebut untuk benda lain yang lebih produktif. Tapi kalau penulis ada wang yang melimpah-ruah dan ada peluang, kenapa tidak, nak jugak park kereta-kereta ni kat garaj rumah penulis.

    Ini dia, 10 jenis kereta pengeluaran yang termahal di dunia ini…

    1. Bugatti Veyron USD$1,700,000.
    Ini adalah kereta pengeluaran paling mahal yang boleh dimilik pada masakini. Boleh memecut dari pegun ke 100 kmh dalam masa 2.6 saat dan kelajuan maksimumnya adalah 417 kmh+. Bagaimanapun, gelaran kereta terpantas di dunia adalah milik SSC Ultimate Aero yang melepasi kelajuan 420 kmh. Bugatti Veyron jatuh ke tempat ke 2 dari segi kelajuan.
    Komen: Penulis naik BMW M3, bukan penulis punye tp member baik punye, dia pecut 250kmh pun penulis dah kecut, inikan pula 420kmh.


    2. Lamborghini Reventon USD$1,600,000.
    Kereta Lamborghini yang paling mahal dan terpantas yang pernah dikeluarkan ini berada di No.2. Ia mengambil masa 3.3 saat untuk bergerak dari pegun ke 100 kmh dan mempunyai kelajuan maksimum 348 kmh. Hanya 20 buah sahaja yang dikeluarkan dan sebab itu harganya melambung tinggi dan sangat mahal untuk dimiliki. Kereta ini juga dikenali dengan nama BatMobile Lamborghini.
    Komen: Batman kan boleh terbang, buat apa nak naik kereta, petrol mahal woh!


    3. McLaren F1 USD$970,000.
    Pada tahun 1994, McLaren F1 adalah kereta yang terpantas dan termahal. Walaupun diperbuat 16 tahun dahulu, mempunyai kelajuan maksimum 395 kmh dan 0- 100 kmh dalam masa 3.2 saat. Sehingga hari ini, McLaren F1 masih dalam senarai teratas dan meninggalkan supercar yang lain.
    Komen: Penulis selalu nampak kereta ni kat Singapura (ada sebuah je kat sana). Pemandunya apek tua pakai singlet.


    4. Ferrari Enzo USD$670,000.
    Supercar yang paling terkenal pernah diperbuat. Enzo mempunyai kelajuan maksimum 358 kmh dan 0 -100 kmh dalam masa 3.4 saat. Hanya 400 unit sahaja yang ditawarkan dan senarai pembeli hanya dari pembeli Ferrari yang terdahulu. Harga lelongan sekarang bagi sebuah Ferrari Enzo ialah USD1 juta.
    Komen: Memang cair bila tengok kereta Ferrari ni. Segalanya seperti ada jiwa.


    5. Pagani Zonda C12 F USD$667,321.
    Dihasilkan oleh sebuah syarikat kecil di Itali. Pagani Zonda C12 adalah kereta ke 5 terpantas di dunia. Menjanjikan kelajuan maksimum 354 kmh dan 0 -100 kmh dalam masa 3.5 saat.
    Komen: Pernah dipotong oleh kereta ini di Lebuhraya PLUS kawasan Pagoh dengan no plat TMJ. Itu setahun lepas. Memang laju, lepas 2 minit baru kereta Polis warna merah putih potong penulis. Jauhnya tinggal.


    6. SSC Ultimate Aero USD654,400.
    Jangan biarkan harganya mengelirukan anda, kereta No.6 termahal di dunia ini sebenarnya adalah kereta atas jalanan yang terpantas dengan kelajuan 424 kmh dan 0 – 100 kmh dalam masa 2.7 saat. Harganya mungkin hanya separuh dari Bugatti Veyron tetapi kuasanya sudah cukup untuk mengatasi kereta termahal di dunia ini. Hanya 25 buah sahaja akan dibina.
    Komen: Cepat sambar, murah tu! Huhu!


    7. Saleen S7 Twin Turbo USD$555,000.
    Kereta sebenar buatan USA yang layak dan disahkan sebagai supercar, ranking No.3 sebagai kereta terpantas dunia. 409 kmh adalah kelajuan maksimum dan 0-100 kmh dalam masa 3.2 saat.
    Komen: Pengeluar supercar dari Itali masih mendominasi segmen ini.

    8. Koenigsegg CCX USD$545,568.
    Buatan Sweden (Negara asal Volvo & Saab), Koenigsegg CCX terpaksa bekerja keras untuk menjadi pengeluar kereta terpantas di dunia. Dengan kelajuan maksimum 404 kmh, kereta ini adalah yang ke 4 terpantas di dunia.
    Komen: Tengok jelah sambil telan air liur! Gulp..

    9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster USD$495,000.
    Supercar Versi GT, SLR McLaren adalah kereta tranmisi auto yang terpantas di dunia dengan kelajuan 339 kmh dan 0-100 kmh dalam masa 3.8 saat. Kereta convertible mewah ii mempunyai enjin yang sangat berkuasa, hasilnya kereta yang lengkap – Mewah, Bergaya & Berkuasa.
    Komen: Ada berani?

    10. Porsche Carrera GT USD$440,000.
    Supercar dengan ‘Dynamic Stability Control’. Kelajuan adalah 338 kmh dan 0-100 kmh adalah 3.9 saat. Porsche Carrera GT adalah supercar unggul dengan pemanduan terbaik.
    Komen: Kereta terbaik untuk bergerak dari point A-B.




    Related Post